Sumbangan Untuk Madrasah Ar- Rashid..
Alhamdulillah, atas keperihatinan masyarakat islam di Dunia ini, maka dengan sumbangan yang ada, saya telah membawa bantuan bekalan makanan untuk anak2 madrasah tahfiz ini..
Barangan telah dibeli di Kedai En. Bakri di Seri Kembangan, Juga mereka telah menghantar terus barangan ke Madrasah..
Bergambar sewaktu baru tiba di Madrasah. Muhammad ( muslim aid ) bersama Muhd Hafiz ( Tokey Kedai Bakri Mart, Seri Kembangan ).
Malangnya Pengetua Madrasah Ar-Rashid ni takde ketika kami sampai, kerana beliau telah pergi ke Klinik menemani isterinya..
Saya Bersama Muhammad ( Muslim Aid )
Melangkah masuk ke Perkarangan Sementara Madrasah ( Sewa Rumah 2 Tingkat, Tingkat atas Asrama, manakala tingkat bawah tempat Anak2 Mengaji Tahfiz )
Tersentak tatkala mendengar alunan Al-Quran dialunkan dari dalam..
Sekarang 'Terjah Ke Madrasah ! '
Setelah berbual bicara dengan beberapa anak2 tahfiz di situ, barangan sumbangan yang dibawa diturunkan dan sesi bergambar pula.
Sayangnya ketibaan kami di sini, ketika Pengetua Madrasah tiada atas urusan tertentu, jadi kami hantarkan sahaja barangan sumbangan kepada wakil Madrasah.
Saya memegang iklan Qurban ! Yang dianjurkan oleh muslim aid.. dan anak2 tahfiz sedang memegang Tin Daging Qurban ! Sumbangan orang Ramai..
Iklan Qurban Muslim Aid ( http://donateforummah.com )
Daging Tin Qurban Muslim Aid !
Antara barangan bantuan yang disalurkan ialah..
100 kg beras
24 Tin susu
24 Kg gula
180 biji telur
20 Kg minyak masak
1 Botol 2 liter Kicap
1 Botol 2 liter Sos Tiram
1 Botol Sos Cili
24 Botol Air Mineral
3 kg Milo
12 Paket kecil Garam
Dan yang teristimewa, 24 Tin Daging Qurban dari Muslim Aid ( ingat tak tahun lepas ada buat collection untuk daging qurban nie ? )
InsyaAllah, lepas raya ni akan datang lagi sebab tak sempat nak jumpe dengan pengetua Madrasah ni.
Terima Kasih banyak2 pada yang telah menyumbang kepada Madrasah ini. InsyaAllah, setiap sen yang dibelanjakan pasti akan mendapat balasan dari Allah. InsyaAllah.
Terima Kasih Sekali lagi Pada Semua !
Tak lupa pada Kak Ain UPM yang banyak membantu ! Semoga Allah merahmati Anda ! InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment