Tuesday, January 22, 2008

Kenangan lalu

Masa tengah seronok2 ushar2 fs kawan, terjumpa la gambar lama aku dalam fs diorang.. tak tau langsung diorang ade simpan gambar ni, maka dengan selamber aku save dalam komputer dan teringin nak dikongsi di dalam nie..
















terasa seolah2 aku ni seorang yang rajin belajar.. hehehe...














masa kat padang time perlawanan hoki kolej 12 UPM.. kenangan..

ade lagi sebenarnya.. nantila aku update..

Read more...

Monday, January 21, 2008

Pindah rumah..

Baru aje pindah kat rumah nie.. tingkat 14.. mujur la ade liputan 3G + HSDPA, takde la teruk sangat.. ni pun terpaksa pindah, kalo tak, takde de aku nak susah payah pindah randah..

Sabtu ni mak ayah nak datang KL, tapi tak tau la diorang nak ke dok kat rumah nie, dah la kat tingkat 14.. takut tak selesa plak, maybe diorang lebih selesa dok kat hotel..

sambil baring2 main internet memang best..

rumah ni still takde dapur gas, tong gas plak dah abis gas.. adoila.. sabar aje la..

Read more...

Saturday, January 12, 2008

Ada apa dengan sabah ?

Korang pernah pergi ke sabah ??

melihat gamat yang dijual di pasar philipine ?



















Mahal gamat nie..















pemandangan air terjun buatan di depan UMS.. cantik pemandangan..


















Teke buah ape nie.



Tepian UMS..



Puncak Gunung Kinabalu !

sambung lagi nanti..

Read more...

Friday, January 11, 2008

Photobucket..

Harini nampaknya photobucket ade problem, samada diorang tengah buat service maintenance tanpa sebarang maklumat, ataupun service mereka memang tengah down sekarang.

Nak upload gambar pun dah jadi malas + tak bersemangat dah. Hari ini hari sabtu, sat lagi nak pi keluar makan.

Tentang projek lintah, dah lama aku tak pergi lawat tapak, harap2nya dah ade perkembangan yang baik. Tak lama lagi aku kene pindah rumah kat desa petaling, Tingkat 14 lak tu, takpe la, sabar aje la. Nak buat macamana, dah takde dah rumah yang murah boleh aku sewa lagi. Nak share satu rumah sampai 8 orang aku dah tak sanggup. Cukupla pengalaman lepas mengajarku.

Sedar tak sedar dah hampir setahun aku kerja di tempat kerja baru ini, rasa macam baru aje kerja kat situ, dan macam2 ilmu serta pengalaman dah aku kecapi. Walaupun kadang2 aku rasa aku boleh capai lebih dari itu, tapi at least aku cukup bangga dengan apa yang aku telah capai.

Matlamat nak sambung blajar tahap degree tak tau la lagi bile nak buat, InsyaAllah dalam masa terdekat ni kalau takde masalah kewangan yang menghalang.

Adoila. Pakai baju pun tak lagi, dok bertenggek depan laptop nieh..

Ok, sekian dulu. Wassalam.

Read more...

Ingin Kembali.

Assalamualaikum...

Site blog ni dah ade semenjak tahun 2004, namun satu ape pun belum terpapar di muka hadapan blog ini, dulu pernah la letak sikit2 kata2 aluan, tapi telah dipadamkan memandangkan rasanya agak lucu menulis seperti itu.

Rasanya ingin aktif kembali menulis blog, walaupun bukan untuk tatapan umum, cukupla untuk diri sendiri dari tiada apa langsung tertulis.

Tak lama lagi, hasil penternakan lintah dah nak menjadi, harapnya takde masalah memandangkan perternakan lintah ini hanya berdasarkan 'berani mati' kerana pengusahanya langsung tidak ade sebarang pengalaman dalam menguruskan lintah ini. Cuma mendapatkan maklumat dari internet dan rakan2 seperjuangan.

Nanti akan diuploadkan sedikit gambar lintah untuk tatapan. Gambar lintah sedang menjamah makananya iaitu 'BELUT'. Memang agak ramai yang kelihatan jijik apabila melihat lintah ini melilit belut sehingga belut itu 'MATI'. Namun saya sendiri belum pernah menyentuh lintah itu.. walaupun sayalah tokei lintah tu.. ape nak jadi..

rasanya boleh kot letak gambar ni, harap takde sape2 yang rasa jijik dengan lintah..
















cukup la stakat ini dulu, nanti kita bercerita lagi. InsyaAllah.

Read more...