Sunday, September 14, 2008

Hati - hati dengan site penipuan yang terbaru !

Assalamualaikum..

Pagi ni ade member bagitau terdapat site phishing terbaru.. tak tau ape tu phishing ?

Phishing adalah salah satu teknik penipuan bertujuan untuk mengaburi mata orang lain agar memberikan maklumat penting yang diperlukan. Ianya lebih kepada maklumat yang boleh membawa keuntungan kepada pembuat site ni..

antara contohnya ialah..



so kita lihat disini..

alamat pada address nya bukan http://www.maybank2u.com.. tetapi..



dimana sepatutnya..



Perhatikan bahawa pada address tu tertulis https://www.maybank2u.com, ni baru betul..

ok, kita lihat, bagaimana penipuan ini dilakukan..

Penipu yang cuba melakukan teknik sebegini akan 'copy n paste' sebijik2 dari website yang sebenar, dan kemudianya meletakkan pada site yang lain. Kemudian penipu ini akan menghanter email secara rawak dengan menyatakan bahawa pengguna maybank2u ini perlu mengemaskini makluat dengan alasan keselamatan dan sebagainya dimana ianya langsung tidak masuk akal.

Antara taktik email sebegini akan mengarahkan kita untuk 'klik' pada link yang diberikan. OLEH ITU ! PADA PEMBACA SEMUA ! JANGAN SESEKALI KLIK PADA LINK TERSEBUT UNTUK URUSAN PERBANKAN ! KECUALI SAJE JE NAK TENGOK LINK APE ITU !

Pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan..

kita boleh cuba dengan memasukkan maklumat PALSU pada site phishing tadi ( jangan jadi bodoh dengan mengisi maklumat yang sebenar ! )



Lihat gambar di atas nie.. suka2 hati je nak mintak TAC number, padahal tiada transaksi sedang dilakukan.. korang boleh letak apa2 sahaja no tac, contoh 123321 tapi jangan plak korang letak TAC yang sebenar.. tipu sket.




Then akan keluarlah site ni yang mengucapkan terima kasih kerana tertipu..

seandainya anda tertipu.. tak lama nanti duit dalam akaun akan menjadi kosong terus ! Tak percaya pun takpe, tapi jangan sesekali cuba !

Sekian khidmat pesanan masyarakat dari slaughters ! Percuma je nie !


.......

0 comments: