hermm..
lama da tak update blog, baru2 ni botakkan kepala.. saje2 je botakkan..
lagi..
hehe..
bawah nie arief bakar daging kambing kat depan umah die..
bestnya...
nak, boleh order dengan arif - 012-3007097
Monday, December 01, 2008
Tuesday, October 28, 2008
Program Qurban For Life..
Bagaimana caranya untuk kita dapat tunjukkan rasa kasih kita sesama umat islam sedunia yang kemiskinan, kelaparan dan tidak berkemampuan ?
Salah satu cara yang kita boleh gunakan ialah dengan menaja mereka dengan kita menyumbangkan daging2 yang telah ditinkan. Apabila daging2 tersebut telah ditinkan, ianya sudah tentu akan tahan lama dan dapat diserahkan kepada umat islam seluruh DUNIA !
Dengan hanya RM350 untuk satu bahagian Qurban daging, kita sudah layak untuk menyumbangkan daging tersebut melalui program yang dianjurkan oleh Muslim Aid Asia.
Kita lihat bagaimana dengan kehadiran Tin2 ini telah mengukir senyuman di wajah mereka..
Apa yang kita perlu ketahui ialah bagaimana duit yang disumbangkan dapat membantu mereka ini !
Maka, hulurkanlah bantuan, untuk ringankan beban..
InsyaAllah..
hubungi Hanif at 0173297123.. sumbangan serendah RM10 diterima juga.
Tuesday, October 07, 2008
Berbuka Puasa Bersama Linda On..
Hehehe.. Dikesempatan ini saya ingin menyelit memberitahu haritu sempat kami berbuka puasa bersama-sama linda in di restoranya MMRC di Ampang.
Bersama linda on..
Logo MMRC !
Bersama Ustaz Mohammad Affendi, Pengetua Madrasah Kesang Laut, Muar.
Ustaz Affendi tengah isi borang pada skrip ucapan.
Bacaan Doa
Khairil sebagai pengacara majlis.
Pemandangan Kampung Yang Indah !
Terasa tenang apabila melihat pemandangan kampung...
Bestnya..
Pemandangan yang diambil dari puncak bukit, bersebelahan surau kampung ! Memang best..
dapat nampak Kampung Air..
Sempat lagi kitorang BBQ... ehehe.. atas bantuan Arief Mokhzir !
Hehehe.. sebenarnya kalo terbalikkan ayam2 tu.. belakang die hangus terbakar ! hahahahaha !
Pengalaman Berbuka Puasa Dalam Flight..
Baru2 ni semasa dalam perjalanan ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu, kebetulan masa berlepas menghampiri waktu berbuka puasa, iaitu sekitar jam 6.30 petang.. tetapi Penerbangan MAS terpaksa ditangguhkan kerana juruterbang mengesan ade beberapa masalah kecil dan perjalanan kami ditangguhkan sampai hampir pukul 8 malam !
Kesudahannya.. kami lewat berbuka puasa kerana.. makanan yang sepatutnya diedarkan pada waktu maghrib dalam pukul 7.11 malam diedarkan pada pukul 7.30 malam..
mujurlah dalam kocek baju ade Cloud 9.. itu mujur ada.. yang takde makanan ? Tunggu je la makanan dari MAS tu..
Kurma dari MAS !
Sajian Makanan dalam Flight !
Pasta ?
Kotak makanan MAS !
Tiket flight !
Ubuntu 8.10 ?
Tak lama lagi nampaknya ubuntu versi terbaru akan dilancarkan ! Kalo ikutkan dari terikh post ini dibuat, ianya akan dilancarkan dalam masa 27 hari lagi, walaubagaimanapaun, versi beta telah dilancarkan.. ni antara screenshoot
Nampak macam ade menarik sikit dari segi interface.. tapi masih tak tau kebenaran screenshot ni sebab just copy paste je nie..
tunggu and lihat je la..
Sedikit tentang Ubuntu..
Ubuntu is a free, open source operating system that starts with the breadth of Debian and adds regular releases (every six months), a clear focus on the user and usability (it should "Just Work", TM) and a commitment to security updates with 18 months of support for every release.
Ubuntu ships with the latest Gnome release as well as a selection of server and desktop software that makes for a comfortable desktop experience off a single installation CD. The Ubuntu developers are moving quickly to bring you the latest and greatest software the open source community has to offer.
This is the Ubuntu 8.10 beta release, which brings a host of excellent new features.
Sesiapa yang berminat boleh download ISO beta dulu kalo da tak sabar sangat..
UBUNTU 8.10 Beta
Tuesday, September 23, 2008
Bantuan Beras Untuk Madrasah Annur !
Assalamualaikum warahmatullah..
Seandainya anda terbaca blog mengenai madrasah ini, saya dengan rasa rendah diri dengan ini merayu pada anda semua agar dapat menyalurkan sedikit bantuan kepada anak2 kecil tahfiz kita ini untuk mendalami ilmu agama dan menjadi seorang hafiz yang cemerlang. InsyaAllah, dengan sumbangan anda, semoga kita dikenali Allah, kerana amalan kita ini. InsyaAllah..
Sumbangan walaupun kecil, tetapi ianya membawa kesan yang besar.. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pihak madrasah ataupun melalui saya. Saya boleh dihubungi melalui talian 017-3297123/012-2243063 ataupun emailkan ke hanif at um.edu.my ( tukarkan at kepada @).
Sumbangan boleh disalurkan secara bulanan, apa yang saya sarankan disini, mungkin anda boleh menyumbangkan 1kg beras setiap bulan dengan menyalurkan RM3 untuk 1kg beras. Doakan usaha ini membawa keberkatan. InsyaAllah.. Sama2 kita usahakan.
Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah s.w.t yang telah melimpahkan kurniaan rezeki kenapa anak2 yatim tahfiz di madrasah ini.. semoga Allah taala membalas dengan balasan yang setimpal dengan sumbangan yang diberi ! InsyaAllah..
Untuk setakat harini..
40kg beras berjaya dikumpulkan.. Target sebulan 400kg untuk 100 anak2 tahfiz di madrasah.
Group Pertama ! Syukur kepada Allah !
Alhamdulillah, setakat harini.. dah berjaya kumpul 60kg beras !
Monday, September 22, 2008
Sumbangan Untuk Madrasah Ar- Rashid..
Alhamdulillah, atas keperihatinan masyarakat islam di Dunia ini, maka dengan sumbangan yang ada, saya telah membawa bantuan bekalan makanan untuk anak2 madrasah tahfiz ini..
Barangan telah dibeli di Kedai En. Bakri di Seri Kembangan, Juga mereka telah menghantar terus barangan ke Madrasah..
Bergambar sewaktu baru tiba di Madrasah. Muhammad ( muslim aid ) bersama Muhd Hafiz ( Tokey Kedai Bakri Mart, Seri Kembangan ).
Malangnya Pengetua Madrasah Ar-Rashid ni takde ketika kami sampai, kerana beliau telah pergi ke Klinik menemani isterinya..
Saya Bersama Muhammad ( Muslim Aid )
Melangkah masuk ke Perkarangan Sementara Madrasah ( Sewa Rumah 2 Tingkat, Tingkat atas Asrama, manakala tingkat bawah tempat Anak2 Mengaji Tahfiz )
Tersentak tatkala mendengar alunan Al-Quran dialunkan dari dalam..
Sekarang 'Terjah Ke Madrasah ! '
Setelah berbual bicara dengan beberapa anak2 tahfiz di situ, barangan sumbangan yang dibawa diturunkan dan sesi bergambar pula.
Sayangnya ketibaan kami di sini, ketika Pengetua Madrasah tiada atas urusan tertentu, jadi kami hantarkan sahaja barangan sumbangan kepada wakil Madrasah.
Saya memegang iklan Qurban ! Yang dianjurkan oleh muslim aid.. dan anak2 tahfiz sedang memegang Tin Daging Qurban ! Sumbangan orang Ramai..
Iklan Qurban Muslim Aid ( http://donateforummah.com )
Daging Tin Qurban Muslim Aid !
Antara barangan bantuan yang disalurkan ialah..
100 kg beras
24 Tin susu
24 Kg gula
180 biji telur
20 Kg minyak masak
1 Botol 2 liter Kicap
1 Botol 2 liter Sos Tiram
1 Botol Sos Cili
24 Botol Air Mineral
3 kg Milo
12 Paket kecil Garam
Dan yang teristimewa, 24 Tin Daging Qurban dari Muslim Aid ( ingat tak tahun lepas ada buat collection untuk daging qurban nie ? )
InsyaAllah, lepas raya ni akan datang lagi sebab tak sempat nak jumpe dengan pengetua Madrasah ni.
Terima Kasih banyak2 pada yang telah menyumbang kepada Madrasah ini. InsyaAllah, setiap sen yang dibelanjakan pasti akan mendapat balasan dari Allah. InsyaAllah.
Terima Kasih Sekali lagi Pada Semua !
Tak lupa pada Kak Ain UPM yang banyak membantu ! Semoga Allah merahmati Anda ! InsyaAllah.
Wednesday, September 17, 2008
Rayuan Bantuan Ramadhan..
Assalamualaikum warahmatullah..
Dikesempatan ini saya ingin merayu pada anda semua, kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan dan mempunyai hajat, diharap dapat memberikan bantuan kepada anak2 tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rashid ini..
Setakat ini bantuan yang diberikan masih tidak mencukupi..
Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun bank Madrasah ataupun melalui saya.
Alamat Madrasah
Madrasah Tahfiz Ar-Rsyid
No4, Lot 288, Jln Yadi,
Sg Udang, Klang
No telefon Pengetua Madrasah - Ust Rashid - 019-2345980
Akaun Bank Islam, 12010010075324
ataupun melalui saya
Maybank - 1660 1007 4403
BIMB - 1417 1020 2879 12
CIMB - 1215 0069 4195 28
sila sms kepada saya jika menyumbang melalui saya di : 017-3297123
Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. InsyaAllah.
Boleh lihat berita tentang Madrasah ini terbakar 2 tahun lepas..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
Sunday, September 14, 2008
Syahidnya seorang hafiz
Assalamualaikum warahmatullah..
Pada 12 sept yang lalu, salah seorang pelayar Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur, Kesang laut iaitu Mohd Akmal B Mohd Fauzi, telah syahid padajam 6 petang dalam bulan Ramadhan ketika beliau berusia 11 tahun dan setakat ini telah menghafaz 5 juzu' dalam tempoh 7 bulan.
Beliau telah disahkan menghidap jangkitan pada paru - parunya.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohNya. InsyaAllah..
Begitulah saudara seislam ku sekalian, lihatlah bagaimana kecekalan seorang anak kecil mengejar cinta Allah. lihatlah juga kesungguhan beliau. Beliau telah cuba membuktikan bahawa usia muda tidak menghalang untuk menjadi seorang tahfiz.
Seandainya anda inginkan makluman yang lebih lanjut, boleh hubungi terus pihak madrasah.
Hati - hati dengan site penipuan yang terbaru !
Assalamualaikum..
Pagi ni ade member bagitau terdapat site phishing terbaru.. tak tau ape tu phishing ?
Phishing adalah salah satu teknik penipuan bertujuan untuk mengaburi mata orang lain agar memberikan maklumat penting yang diperlukan. Ianya lebih kepada maklumat yang boleh membawa keuntungan kepada pembuat site ni..
antara contohnya ialah..
so kita lihat disini..
alamat pada address nya bukan http://www.maybank2u.com.. tetapi..
dimana sepatutnya..
Perhatikan bahawa pada address tu tertulis https://www.maybank2u.com, ni baru betul..
ok, kita lihat, bagaimana penipuan ini dilakukan..
Penipu yang cuba melakukan teknik sebegini akan 'copy n paste' sebijik2 dari website yang sebenar, dan kemudianya meletakkan pada site yang lain. Kemudian penipu ini akan menghanter email secara rawak dengan menyatakan bahawa pengguna maybank2u ini perlu mengemaskini makluat dengan alasan keselamatan dan sebagainya dimana ianya langsung tidak masuk akal.
Antara taktik email sebegini akan mengarahkan kita untuk 'klik' pada link yang diberikan. OLEH ITU ! PADA PEMBACA SEMUA ! JANGAN SESEKALI KLIK PADA LINK TERSEBUT UNTUK URUSAN PERBANKAN ! KECUALI SAJE JE NAK TENGOK LINK APE ITU !
Pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan..
kita boleh cuba dengan memasukkan maklumat PALSU pada site phishing tadi ( jangan jadi bodoh dengan mengisi maklumat yang sebenar ! )
Lihat gambar di atas nie.. suka2 hati je nak mintak TAC number, padahal tiada transaksi sedang dilakukan.. korang boleh letak apa2 sahaja no tac, contoh 123321 tapi jangan plak korang letak TAC yang sebenar.. tipu sket.
Then akan keluarlah site ni yang mengucapkan terima kasih kerana tertipu..
seandainya anda tertipu.. tak lama nanti duit dalam akaun akan menjadi kosong terus ! Tak percaya pun takpe, tapi jangan sesekali cuba !
Sekian khidmat pesanan masyarakat dari slaughters ! Percuma je nie !
.......
Tuesday, September 09, 2008
slaughters ke astro awani
Pada kesempatan yang ada setelah selesai visit Asrama Darul Izzah di bangi, saya dijemput untuk menemani seorang rakan untuk menghadiri sesi rakaman rangcangan WW di astro awani, dari situ saya dapat mengetahui sedikit sebanyak cara2 rakaman siaran dilakukan walaupun bukan secara menyeluruh..
Baru tiba di Astro Awani.
Rakan dari muslimaidasia yang akan ditemubual oleh Dangsuria. Pengacara Astro.
Paparan TV di bilik VIP semasa rakaman sedang dilakukan.
Perbincangan selepas selesai sesi rakaman bersama pengacara WW Astro Awani.
Bergambar kenangan bersama Dangsuria setelah selesai sesi rakaman.
slaugthers visit Asrama Darul Izzah
Assalamualaikum..
Dalam kesempatan waktu yang telah diberikan Allah kepada saya, saya telah meluangkan masa untuk menziarahi Asrama Darul Izzah yang terletak di area bangi. Ianya berdekatan dengan kawasan rumah, malangnya ketika lawatan yang dilakukan, anak2 yatim yang terdapat di asrama tersebut sedang berada di sekolah, ye lah, datang waktu pejabat sebab saya tengah cuti.
Jadi dengan niat menziarahi dan menyerahkan beras fidyah yang diamanahkan, maka ini adalah gambar2 yang sempat saya tangkap semasa berada si sana..
Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul 'Izzah
Lot 2191-2A, Pekan Makmur, 43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel/Fax: (03) 8925 7263
Asrama Darul Izzah !
Ruang legar di asrama.
Surau tempat mereka Beribadat.
Almari pakaian anak2 Darul izzah
Bilik bacaan anak2 Darul Izzah.
Bersama penjaga merangkap ustaz di Darul Izzah.
Salah satu dari kampit beras fidyah ini telah diserahkan kepada Asrama Darul Izzah ini.
boleh layari http://www.geocities.com/wct90/darul_izzah
sekian
Read more...