Friday, January 11, 2008

Photobucket..

Harini nampaknya photobucket ade problem, samada diorang tengah buat service maintenance tanpa sebarang maklumat, ataupun service mereka memang tengah down sekarang.

Nak upload gambar pun dah jadi malas + tak bersemangat dah. Hari ini hari sabtu, sat lagi nak pi keluar makan.

Tentang projek lintah, dah lama aku tak pergi lawat tapak, harap2nya dah ade perkembangan yang baik. Tak lama lagi aku kene pindah rumah kat desa petaling, Tingkat 14 lak tu, takpe la, sabar aje la. Nak buat macamana, dah takde dah rumah yang murah boleh aku sewa lagi. Nak share satu rumah sampai 8 orang aku dah tak sanggup. Cukupla pengalaman lepas mengajarku.

Sedar tak sedar dah hampir setahun aku kerja di tempat kerja baru ini, rasa macam baru aje kerja kat situ, dan macam2 ilmu serta pengalaman dah aku kecapi. Walaupun kadang2 aku rasa aku boleh capai lebih dari itu, tapi at least aku cukup bangga dengan apa yang aku telah capai.

Matlamat nak sambung blajar tahap degree tak tau la lagi bile nak buat, InsyaAllah dalam masa terdekat ni kalau takde masalah kewangan yang menghalang.

Adoila. Pakai baju pun tak lagi, dok bertenggek depan laptop nieh..

Ok, sekian dulu. Wassalam.

0 comments: