Tuesday, September 23, 2008

Bantuan Beras Untuk Madrasah Annur !

Assalamualaikum warahmatullah..

Seandainya anda terbaca blog mengenai madrasah ini, saya dengan rasa rendah diri dengan ini merayu pada anda semua agar dapat menyalurkan sedikit bantuan kepada anak2 kecil tahfiz kita ini untuk mendalami ilmu agama dan menjadi seorang hafiz yang cemerlang. InsyaAllah, dengan sumbangan anda, semoga kita dikenali Allah, kerana amalan kita ini. InsyaAllah..

Sumbangan walaupun kecil, tetapi ianya membawa kesan yang besar.. Sumbangan boleh disalurkan terus kepada pihak madrasah ataupun melalui saya. Saya boleh dihubungi melalui talian 017-3297123/012-2243063 ataupun emailkan ke hanif at um.edu.my ( tukarkan at kepada @).

Sumbangan boleh disalurkan secara bulanan, apa yang saya sarankan disini, mungkin anda boleh menyumbangkan 1kg beras setiap bulan dengan menyalurkan RM3 untuk 1kg beras. Doakan usaha ini membawa keberkatan. InsyaAllah.. Sama2 kita usahakan.

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah s.w.t yang telah melimpahkan kurniaan rezeki kenapa anak2 yatim tahfiz di madrasah ini.. semoga Allah taala membalas dengan balasan yang setimpal dengan sumbangan yang diberi ! InsyaAllah..

Untuk setakat harini..

40kg beras berjaya dikumpulkan.. Target sebulan 400kg untuk 100 anak2 tahfiz di madrasah.



Group Pertama ! Syukur kepada Allah !

Alhamdulillah, setakat harini.. dah berjaya kumpul 60kg beras !

Read more...

Monday, September 22, 2008

Sumbangan Untuk Madrasah Ar- Rashid..

Alhamdulillah, atas keperihatinan masyarakat islam di Dunia ini, maka dengan sumbangan yang ada, saya telah membawa bantuan bekalan makanan untuk anak2 madrasah tahfiz ini..



Barangan telah dibeli di Kedai En. Bakri di Seri Kembangan, Juga mereka telah menghantar terus barangan ke Madrasah..



Bergambar sewaktu baru tiba di Madrasah. Muhammad ( muslim aid ) bersama Muhd Hafiz ( Tokey Kedai Bakri Mart, Seri Kembangan ).

Malangnya Pengetua Madrasah Ar-Rashid ni takde ketika kami sampai, kerana beliau telah pergi ke Klinik menemani isterinya..


Saya Bersama Muhammad ( Muslim Aid )



Melangkah masuk ke Perkarangan Sementara Madrasah ( Sewa Rumah 2 Tingkat, Tingkat atas Asrama, manakala tingkat bawah tempat Anak2 Mengaji Tahfiz )



Tersentak tatkala mendengar alunan Al-Quran dialunkan dari dalam..


Sekarang 'Terjah Ke Madrasah ! '



Setelah berbual bicara dengan beberapa anak2 tahfiz di situ, barangan sumbangan yang dibawa diturunkan dan sesi bergambar pula.

Sayangnya ketibaan kami di sini, ketika Pengetua Madrasah tiada atas urusan tertentu, jadi kami hantarkan sahaja barangan sumbangan kepada wakil Madrasah.


Saya memegang iklan Qurban ! Yang dianjurkan oleh muslim aid.. dan anak2 tahfiz sedang memegang Tin Daging Qurban ! Sumbangan orang Ramai..


Iklan Qurban Muslim Aid ( http://donateforummah.com )



Daging Tin Qurban Muslim Aid !

Antara barangan bantuan yang disalurkan ialah..

100 kg beras
24 Tin susu
24 Kg gula
180 biji telur
20 Kg minyak masak
1 Botol 2 liter Kicap
1 Botol 2 liter Sos Tiram
1 Botol Sos Cili
24 Botol Air Mineral
3 kg Milo
12 Paket kecil Garam


Dan yang teristimewa, 24 Tin Daging Qurban dari Muslim Aid ( ingat tak tahun lepas ada buat collection untuk daging qurban nie ? )

InsyaAllah, lepas raya ni akan datang lagi sebab tak sempat nak jumpe dengan pengetua Madrasah ni.

Terima Kasih banyak2 pada yang telah menyumbang kepada Madrasah ini. InsyaAllah, setiap sen yang dibelanjakan pasti akan mendapat balasan dari Allah. InsyaAllah.

Terima Kasih Sekali lagi Pada Semua !

Tak lupa pada Kak Ain UPM yang banyak membantu ! Semoga Allah merahmati Anda ! InsyaAllah.

Read more...

Wednesday, September 17, 2008

Rayuan Bantuan Ramadhan..

Assalamualaikum warahmatullah..

Dikesempatan ini saya ingin merayu pada anda semua, kepada sesiapa yang mempunyai kelapangan dan mempunyai hajat, diharap dapat memberikan bantuan kepada anak2 tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rashid ini..

Setakat ini bantuan yang diberikan masih tidak mencukupi..

Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun bank Madrasah ataupun melalui saya.

Alamat Madrasah

Madrasah Tahfiz Ar-Rsyid
No4, Lot 288, Jln Yadi,
Sg Udang, Klang

No telefon Pengetua Madrasah - Ust Rashid - 019-2345980

Akaun Bank Islam, 12010010075324

ataupun melalui saya

Maybank - 1660 1007 4403
BIMB - 1417 1020 2879 12
CIMB - 1215 0069 4195 28

sila sms kepada saya jika menyumbang melalui saya di : 017-3297123

Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. InsyaAllah.

Boleh lihat berita tentang Madrasah ini terbakar 2 tahun lepas..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1220&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Read more...

Sunday, September 14, 2008

Syahidnya seorang hafiz


Assalamualaikum warahmatullah..

Pada 12 sept yang lalu, salah seorang pelayar Madrasah Tahfiz Al-Quran An-Nur, Kesang laut iaitu Mohd Akmal B Mohd Fauzi, telah syahid padajam 6 petang dalam bulan Ramadhan ketika beliau berusia 11 tahun dan setakat ini telah menghafaz 5 juzu' dalam tempoh 7 bulan.

Beliau telah disahkan menghidap jangkitan pada paru - parunya.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohNya. InsyaAllah..

Begitulah saudara seislam ku sekalian, lihatlah bagaimana kecekalan seorang anak kecil mengejar cinta Allah. lihatlah juga kesungguhan beliau. Beliau telah cuba membuktikan bahawa usia muda tidak menghalang untuk menjadi seorang tahfiz.

Seandainya anda inginkan makluman yang lebih lanjut, boleh hubungi terus pihak madrasah.

Read more...

Hati - hati dengan site penipuan yang terbaru !

Assalamualaikum..

Pagi ni ade member bagitau terdapat site phishing terbaru.. tak tau ape tu phishing ?

Phishing adalah salah satu teknik penipuan bertujuan untuk mengaburi mata orang lain agar memberikan maklumat penting yang diperlukan. Ianya lebih kepada maklumat yang boleh membawa keuntungan kepada pembuat site ni..

antara contohnya ialah..



so kita lihat disini..

alamat pada address nya bukan http://www.maybank2u.com.. tetapi..



dimana sepatutnya..



Perhatikan bahawa pada address tu tertulis https://www.maybank2u.com, ni baru betul..

ok, kita lihat, bagaimana penipuan ini dilakukan..

Penipu yang cuba melakukan teknik sebegini akan 'copy n paste' sebijik2 dari website yang sebenar, dan kemudianya meletakkan pada site yang lain. Kemudian penipu ini akan menghanter email secara rawak dengan menyatakan bahawa pengguna maybank2u ini perlu mengemaskini makluat dengan alasan keselamatan dan sebagainya dimana ianya langsung tidak masuk akal.

Antara taktik email sebegini akan mengarahkan kita untuk 'klik' pada link yang diberikan. OLEH ITU ! PADA PEMBACA SEMUA ! JANGAN SESEKALI KLIK PADA LINK TERSEBUT UNTUK URUSAN PERBANKAN ! KECUALI SAJE JE NAK TENGOK LINK APE ITU !

Pastikan anda tahu apa yang anda sedang lakukan..

kita boleh cuba dengan memasukkan maklumat PALSU pada site phishing tadi ( jangan jadi bodoh dengan mengisi maklumat yang sebenar ! )



Lihat gambar di atas nie.. suka2 hati je nak mintak TAC number, padahal tiada transaksi sedang dilakukan.. korang boleh letak apa2 sahaja no tac, contoh 123321 tapi jangan plak korang letak TAC yang sebenar.. tipu sket.




Then akan keluarlah site ni yang mengucapkan terima kasih kerana tertipu..

seandainya anda tertipu.. tak lama nanti duit dalam akaun akan menjadi kosong terus ! Tak percaya pun takpe, tapi jangan sesekali cuba !

Sekian khidmat pesanan masyarakat dari slaughters ! Percuma je nie !


.......

Read more...

Tuesday, September 09, 2008

slaughters ke astro awani

Pada kesempatan yang ada setelah selesai visit Asrama Darul Izzah di bangi, saya dijemput untuk menemani seorang rakan untuk menghadiri sesi rakaman rangcangan WW di astro awani, dari situ saya dapat mengetahui sedikit sebanyak cara2 rakaman siaran dilakukan walaupun bukan secara menyeluruh..



Baru tiba di Astro Awani.



Rakan dari muslimaidasia yang akan ditemubual oleh Dangsuria. Pengacara Astro.



Paparan TV di bilik VIP semasa rakaman sedang dilakukan.



Perbincangan selepas selesai sesi rakaman bersama pengacara WW Astro Awani.



Bergambar kenangan bersama Dangsuria setelah selesai sesi rakaman.

Read more...

slaugthers visit Asrama Darul Izzah

Assalamualaikum..

Dalam kesempatan waktu yang telah diberikan Allah kepada saya, saya telah meluangkan masa untuk menziarahi Asrama Darul Izzah yang terletak di area bangi. Ianya berdekatan dengan kawasan rumah, malangnya ketika lawatan yang dilakukan, anak2 yatim yang terdapat di asrama tersebut sedang berada di sekolah, ye lah, datang waktu pejabat sebab saya tengah cuti.

Jadi dengan niat menziarahi dan menyerahkan beras fidyah yang diamanahkan, maka ini adalah gambar2 yang sempat saya tangkap semasa berada si sana..


Pertubuhan Anak Yatim & Kebajikan Darul 'Izzah

Lot 2191-2A, Pekan Makmur, 43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan

Tel/Fax: (03) 8925 7263





Asrama Darul Izzah !



Ruang legar di asrama.



Surau tempat mereka Beribadat.



Almari pakaian anak2 Darul izzah




Bilik bacaan anak2 Darul Izzah.



Bersama penjaga merangkap ustaz di Darul Izzah.



Salah satu dari kampit beras fidyah ini telah diserahkan kepada Asrama Darul Izzah ini.

boleh layari http://www.geocities.com/wct90/darul_izzah

sekian



Read more...

Sunday, September 07, 2008

slaughters visit rumah titian kasih..

Assalamualaikum..

Pada 2 minggu lepas saya ada ambil cuti tetapi tak tahu nak buat ape, then tibe2 muncul idea untuk follow member dari muslim aid asia untuk visit rumah titian kasih di area titiwangsa..
















Sila layari http://www.donateforummah.com

Read more...